top of page
Search

Susah ke nak bangunkan laman e-Portfolio? 5 Langkah PRO-TeP

  • Writer: Nur Alia Farhana Zaini
    Nur Alia Farhana Zaini
  • Dec 18, 2022
  • 4 min read

Updated: Jan 30, 2023

Dalam setiap bidang kerjaya dan kemahiran, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk berkongsi cerita tentang bakat dan pengalaman yang telah dilalui. Salah satu cara adalah dengan membina sebuah laman web e-portfolio. Ia bukan sahaja bertujuan untuk menunjukkan tentang kehebatan diri, malah ia juga untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada orang lain untuk turut berjaya. Selain itu, laman web e-portfolio juga amat penting untuk memohon pekerjaan dan memberi gambaran ringkas kepada pihak atasan untuk menilai kualiti pekerjaan kita.


Dalam konteks perguruan, laman web e-portfolio adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman, strategi pengajaran, dan kaedah penilaian yang digunakan dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di sekolah. Bukan itu sahaja, guru-guru juga boleh berkongsi tips dan juga cara pendekatan yang digunakan semasa berhubung dengan murid. Daripada penulisan e-portfolio, ia boleh menjadi suri teladan kepada semua pembaca tidak kira murid, ibu bapa atau masyarakat.


Jadi, persoalannya susah ke nak bangunkan laman web e-portfolio ni?


Jawapannya ialah tidak sama sekali. Ia tidak susah jika mengikut proses dan langkah yang betul. Oleh itu, dalam penulisan ini saya akan menceritakan tentang pengalaman saya membangunkan laman e-portfolio saya dengan mudah menggunakan 5 langkah PRO-TeP seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.


"Professional Teaching Portfolio for Millenial Educators"


Pada zaman yang kian berkembang pesat ini, kemahiran teknologi maklumat amatlah penting bagi menyediakan bahan pengajaran yang sepadan dengan peredaran zaman dan juga pelajar yang makin hari makin celik dengan penggunaan teknologi. Sebagai seorang guru millenial, medium penyampaian yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan tahap kemahiran pelajar. Kemahiran teknologi perlu disilangkan dengan kemahiran pedagogi dan juga ilmu pengetahuan bagi menyediakan sebuah kandungan pendidikan yang mantap. Justeru itu, dalam pembangunan e-portfolio pengajaran ini juga mementingkan penerapan gabungan ketiga-tiga elemen berikut agar penyampaian ilmu pengetahuan lebih efektif kepada para pembaca.


5 LANGKAH PRO-TeP

1) PILIH (Select)

Langkah pertama yang saya lakukan sebelum membangunkan laman web e-portfolio pengajaran ini adalah dengan mengenalpasti dan menentukan tujuan utama saya membangun laman tersebut. Saya jadikan laman web ini sebagai contoh. Tujuan saya membangunkan laman web ini adalah untuk berkongsi sedikit kisah hidup saya yang bercita-cita untuk menjadi seorang guru sejak di bangku sekolah dan juga berkongsi teknik dan strategi pengajaran yang saya gunakan untuk mendidik. Saya juga ingin berkongsi penglibatan saya dalam pelbagai jenis aktiviti dan juga program yang membantu dalam membina keyakinan dan jati diri saya. Bukan itu sahaja, laman ini juga dibina bertujuan untuk menyediakan ruang pembelajaran mikro yang boleh menjadi rujukan murid dan juga guru dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Asas Sains Komputer.


Daripada tujuan yang telah disenaraikan, saya teruskan dengan pencarian dan penyediaan bahan-bahan atau kandungan yang ingin dimasukkan dalam portfolio ini. Pemilihan kandungan ini hendaklah bersesuaian mengikut objektif yang kita tetapkan. Saya telah memilih elemen-elemen media dan juga bahan pembelajaran yang sesuai dengan topik mata pelajaran yang saya pilih. Pada fasa ini juga kita perlu menentukan aplikasi atau perisian pembangun laman web yang sesuai dengan isi kandungan yang kita telah pilih. Terdapat pelbagai pembangun laman web yang boleh digunakan seperti Wix, Weebly, GoDaddy, SquareSpace dan pelbagai lagi. Setiap aplikasi mempunyai fokus dan kelebihan yang berbeza jadi pemilihan pembangun laman web yang baik juga adalah sangat penting bagi memastikan isi kandungan kita dapat dipaparkan dengan baik. Saya telah memilih Wix sebagai medium pembangunan e-portfolio saya kerana saya mendapati ia memilik pelbagai fungsi yang menarik dan mudah untuk digunakan.


Berikut merupakan cadangan isi kandungan bagi laman web e-portfolio pengajaran:

  • Autobiografi

  • Falsafah pengajaran

  • Strategi dan pendekatan pengajaran

  • Kaedah Penilaian

  • Bahan pengajaran dan pembelajaran

  • Pembangunan profesional

  • Pengiktirafan dan testimoni


2) REKA BENTUK (Design)

Setelah selesai menentukan tujuan, bahan, sasaran dan juga aplikasi pembangun laman web barulah kita boleh teruskan ke peringkat seterusnya iaitu reka bentuk. Pada peringkat ini kita perlu mencurahkan kreativiti kita dalam mereka bentuk laman web dengan tema yang menarik seperti tema natural, minimalis, teknikal, ceria, dinamik dan sebagainya. Namun pemilihan tema juga haruslah bersesuaian dengan isi kandungan laman agar ia kelihatan lebih menarik dan berkaitan. Reka bentuk laman web yang baik adalah laman web yang mempunyai keseragaman dari segi tulisan, warna dan tema. Selain itu, sistem navigasi yang baik juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan laman web yang dihasilkan mudah digunakan dan difahami oleh pengunjung. Bagi laman web e-portfolio saya, saya telah memilih tema minimalis dengan pilihan biru sebagai warna utama dan tulisan yang ringkas bagi mengekalkan kekemasan dan keseragaman reka bentuknya.


3) REFLEKSI (Reflect)

Dalam proses pembinaan laman e-portfolio, penting untuk kita mengaitkan penulisan kita dengan pengalaman yang pernah dilalui kerana ia akan membawa pembaca untuk menghayati kisah yang dikongsikan. Selain itu, ia juga akan menjadikan karya kita lebih 'hidup' dengan pengalaman yang sebenar. Sebagai contoh, segala bahan-bahan yang saya kongsikan dalam laman web ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar saya terlibat dengan program serta pengalaman mengajar semasa menjalani praktikum pada tahun 2022. Pengalaman yang dikongsi adalah amat bermakna untuk saya kerana ia akan membantu saya memperbaiki diri saya dari semasa ke semasa.


4) TERBIT (Publish)

Pada peringkat ini, kita hanya perlu menerbitkan laman web ini setelah semua bahan dan isi kandungan telah dimasukkan dan disusun dengan baik. Penerbitan ini perlu dikongsi kepada rakan, pensyarah atau erti kata lain untuk tontonan awam. Namun begitu, ini bukan peringkat terakhir dalam proses pembangunan laman web.


5) NILAI (Evaluation)

Akhir sekali, kita perlu menilai sendiri laman web yang telah kita bangunkan dengan memperoleh pandangan daripada pihak lain agar laman web ini dapat diperbaiki dari masa ke masa. Menerbitkan laman web bukanlah bermakna ia akan kekal sama sehingga ke akhirnya. Segala bahan dan isi kandungan boleh ditambah baik sehingga bila-bila sahaja. Saya juga telah menerbitkan dan mendapat pandangan dan nasihat daripada pensyarah saya dan juga rakan-rakan tentang perkara-perkara yang perlu ditambah baik dalam laman web ini. Ia secara tidak langsung memudahkan saya mengenalpasti kesalahan yang saya lakukan dan jadikan sebagai pengajaran untuk tidak melakukan perkara yang sama di masa hadapan.


Kesimpulannya, rangka kerja PRO-TeP ini sangat berguna untuk menjadi panduan dalam membangunkan laman e-portfolio. Setiap langkah adalah jelas dan mudah diikuti. Namun begitu, ia memerlu



 
 
 

Comments


bottom of page