
Pembangunan Profesional
Sepanjang pengajian di Universiti Utara Malaysia, banyak program dan aktiviti yang telah saya sertai sama ada sebagai ahli jawatan kuasa mahupun sebagai peserta.
BENGKEL
Pada bulan Mei 2022, saya telah menjadi AJK dan juga menjadi peserta program Mini Workshop Resume Writing dimana saya banyak belajar tentang cara penulisan resume yang mantap. Banyak ilmu bermanfaat yang telah dikongsikan oleh panel yang juga merupakan alumni UUM.




Pada Januari 2022 juga saya telah menjadi AJK bagi program Streaming Workshop. Dalam pada masa yang sama, saya menyelam sambil minum air kerana saya turut dapat mempelajari ilmu daripada perkongsian panel yang amat bermakna tentang penggunaan perisian yang sesuai untuk mengadakan 'online streaming'. Perkongsian ini amat baik untuk mengasah kemahiran teknologi dalam diri saya.







