top of page

Strategi dan Pendekatan Pengajaran 

Menjadi seorang guru bukan sekadar hanya mencurahkan ilmu dan pengetahuan kepada pelajar, tetapi ia merupakan sebuah amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita untuk melahirkan insan yang berguna dan berjaya dalam kehidupan. Oleh itu, seorang guru hendaklah menerapkan keikhlasan dalam menyampaikan ilmu dan memastikan setiap anak didik mendapat pengetahuan yang mencukupi. Seperti yang kita ketahui, setiap pelajar adalah berbeza-beza dari segi tingkah laku dan juga cara pembelajaran. Justeru itu, setiap guru hendaklah menggunakan pelbagai jenis pendekatan yang bersesuaian dengan penerimaan pelajar agar ilmu yang disampaikan adalah bermakna dan berkesan kepada mereka.

​

Terdapat empat (4) teori pembelajaran yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh pendidikan iaitu seperti yang tertera pada infografik di sebelah.

​

Melalui teori-teori tersebut, dapat saya katakan bahawa kesemua teori ini turut saya gunakan dalam pengajaran saya. Saya menggabungkan keempat-empat teori tersebut dan aplikasikan dalam pengajaran mengikut tingkah laku yang ditunjukkan oleh pelajar. Penulisan ini adalah hasil daripada pengalaman saya semasa menjalani praktikum selama sebulan. Pada waktu itu, saya cuba pelbagai jenis pendekatan yang berbeza untuk melihat tahap penerimaan pelajar tentang cara saya menyampaikan pengajaran untuk menentukan cara yang mereka minat dan membantu mereka untuk fokus dalam pembelajaran. 

​

Sebelum saya memulakan pengajaran saya, saya sentiasa mengimbas kembali topik pembelajaran kelas yang lepas dan saling bersoal jawab dengan pelajar untuk mengaitkannya dengan topik pembelajaran yang baharu. Ini merupakan strategi pendekatan kognitivisme dimana ia akan menguji keupayaan berfikir pelajar untuk menyusun, mengelola dan mengaplikasikan dalam pembelajaran seterusnya. â€‹

​

Seterusnya, saya mengaplikasikan pendekatan konstruktivisme semasa menjalankan aktiviti dalam bilik darjah. Sebahagian pelajar menunjukkan minat untuk bekerja dalam kumpulan dan memberikan tindak balas positif melalui perbincangan dan pembetangan. Manakala, terdapat juga sebilangan pelajar yang menunjukkan prestasi hanya apabila bekerja secara bersendirian. Disebabkan itu, saya selang-selikan aktiviti berkumpulan dengan adanya persetujuan pelajar.

Teori (2).png
IMG_8134.HEIC
IMG_8131.HEIC
ad82b5a1926a270057a912d6d8f0b1a0-sticker.png

Di samping itu,  saya berpendapat bahawa pendekatan behaviorisme merupakan salah satu pendekatan yang sangat diminati para pelajar kerana mereka akan diberi ganjaran apabila menunjukkan pencapaian yang baik. Semasa menjalankan praktikum, saya menyediakan sebuah balang yang berisi gula-gula dan meletakkannya di atas meja untuk menjadi pembakar semangat kepada pelajar untuk menjawab soalan. Namun, saya menyedari bahawa tindakan tersebut telah menjadi distraktor kepada pelajar untuk menumpukan perhatian semasa penerangan. Tujuan mereka menumpukan perhatian bukan untuk memahami isi pembelajaran tetapi hanya untuk makan gula-gula.

IMG_8117.HEIC
IMG_8345.HEIC
IMG_8196.jpg
bottom of page