top of page

Kaedah Penilaian

Penilaian merupakan satu proses yang amat penting untuk dijalankan setelah tamat sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi mengukur tahap penguasaan pelajar terhadap kandungan pelajaran. Terdapat dua kaedah penilaian yang umum dijalankan iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. 

PENILAIAN SUMATIF

Penilaian sumatif ialah ujian formal yang dijalankan pada penggal atau hujung sesi persekolahan untuk menilai tahap pencapaian pelajar bagi setiap mata pelajaran. Penilaian ini akan diukur dan dinilai menggunakan sistem markah dan penggredan. Penilaian ini  Contoh utama penilaian sumatif ini ialah Peperiksaan Pertengahan Tahun dan juga Peperiksaan Akhir Tahun.

Students Taking Exam

PENILAIAN FORMATIF

IMG_4462.JPG
IMG_4386.HEIC

Penilaian formatif pula adalah penilaian berterusan terhadap topik atau subtopik pembelajaran dan dilakukan di dalam bilik darjah.  Penilaian ini boleh dilakukan pada bila-bila sahaja melalui latih tubi atau pengukuhan setelah tamat waktu PdP. 

​

Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, saya suka memberi murid lembaran kerja sebagai latihan pengukuhan dan saya akan meminta murid untuk buat semakan bersama-sama. 

IMG_4385.jpg
bottom of page