
Autobiografi
Nama penuh saya ialah Nur Alia Farhana binti Zaini.
Saya berasal daripada Baling, Kedah tetapi saya menetap di Sandakan, Sabah. Kenapa? kerana kedua ibu dan bapa saya adalah guru yang berkhidmat dan menetap di Sabah lebih kurang selama 30 tahun. Saya anak ke-2 daripada 3 orang adik beradik. Saya mempunyai seorang abang dan seorang adik perempuan. Saya lahir pada 17 Disember 2000 dan kini saya berumur 23 tahun.

.png)
Latar Belakang Pendidikan

SK TAMAN RIMBA
Perjalanan pendidikan saya bermula pada tahun 2007-2012, saya bersekolah rendah di SK Taman Rimba, Sandakan. Pada waktu itu saya seorang yang pendiam dan hanya tahu bermain.
.png)
SMK TAMAN FAJAR
Saya masuk ke alam sekolah menengah pada tahun 2013-2017 dan bersekolah di SMK Taman Fajar, Sandakan. Pada waktu ini saya mula mempelajari banyak perkara dan mendapat banyak pengalaman. Semasa di tingkatan 5, saya mula bercita-cita untuk menjadi seorang guru Sains kerana saya suka melihat kesungguhan cikgu Sains saya mengajar agar kami betul-betul memahami sesuatu topik. Tambahan pula, saya juga banyak pengalaman mengikuti ibu dan bapa saya ke sekolah dan mereka sering menunjukkan keseronokkan menjadi seorang guru.

KOLEJ MATRIKULASI LABUAN
Sebelum memasuki alam universiti, saya mengambil keputusan mengikuti program Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Labuan kerana ia hanya memakan tempoh setahun iaitu pada tahun 2018-2019. Pada tempoh ini saya sedar bahawa minat saya lebih menjurus kepada bidang Sains Komputer berbanding Sains Fizikal.
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Oleh itu, kini saya berada di tahun akhir bagi pengajian saya dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat) di Universiti Utara Malaysia. Saya memilih untuk menjadi seorang guru Sains Komputer dan berazam agar suatu hari nanti saya dapat membangunkan aplikasi pembelajaran yang interaktif dan berguna kepada semua pelajar.

















.png)